SESI II 2021:2022
Seluruh warga Politeknik Muadzam Shah mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar baharu Sesi 2 2021:2022 yang akan mendaftar pada 28 Febuari 2022. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana berjaya menempatkan diri anda ke PMS. Tekatkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang dicita-citakan. Jangan menghampakan harapan ibu dan bapa yang sering berkorban demi melihat anak kesayangannya menggapai segulung diploma. Hargailah pengorbanan mereka. Kami disini sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda dan kami mendoakan agar kejayaan yang dikecapi milik kita bersama.
No comments:
Post a Comment