Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Sesi 1 2021:2022 ke Politeknik Muadzam Shah. Sesi pendaftaran pelajar baharu pada kali ini tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka seperti biasa akan tetapi ianya dibuat secara atas talian mengikut norma baharu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah sehingga 20 September 2021 berdasarkan takwim politeknik. Justeru itu saya mengingatkan kepada pelajar baharu untuk membayar yuran pengajian sebanyak RM 200.00 melalui kaedah online banking JOMPAY sebelum membuat pendaftaran secara online melalui aplikasi SPMP. Kegagalan pelajar baharu untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelewatan dalam proses pendaftaran.
Akhir kata, selamat belajar kepada semua. Semoga ilmu yang dipelajari di Politeknik Muadzam Shah ini dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.
Sekian Terima Kasih
MOHD HAZELY BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Hal Ehwal Pelajar
(Pengambilan & Data)
Politeknik Muadzam Shah
Pahang
No comments:
Post a Comment