SESI II 2021:2022
Kemasukan pelajar-pelajar baharu Sesi II 2021:2022 ke Politeknik Muadzam Shah adalah pada 28.02.2022 bertempat di PolyBizzmall. Sesi Pendaftaran pada kali ini bermula seawal 8.30 pagi dan para ibu bapa mula membanjiri kawasan persekitaran PolyBizmall untuk menghantar anak-anak mereka masuk ke kampus Politeknik Muadzam Shah dengan menguatkuasaan SOP yang begitu ketat. Turut hadir di Polybizmall untuk melihat proses pendaftaran pada hari ini ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Proses Pendaftaran Kamsis ini berjalan dengan lancar sehingga jam 12.30 tengahari. Berdasarkan statistik yang diterima seramai 292 orang pelajar telah mendaftar secara online. Ada dikalangan pelajar yang tidak dapat hadir pada hari ini disebabkan keadaan banjir terutama dikawasan Kelantan dan Terengganu. Begitu juga ada dikalangan pelajar yang terpaksa dikurantin disebabkan jangkitan COVID-19.
- Jumlah kehadiran pelajar semester 1 dibuat bagi memenuhi permintaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk mencapai 70% - 100% keberadaan pelajar dikampus.
- Pelajar baharu perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran di Politeknik selain daripada menikmati suasana sebenar kehidupan di kampus.
- Pembelajaran di Politeknik melibatkan kerja-kerja amali dan bengkel yang dibuat secara hands on yang memerlukan pelajar hadir ke kampus.
- Ibu bapa atau waris telah melakukan perancangan awal memohon cuti bagi tujuan penghantaran pulang pelajar ke kampus.
- Segala peruntukan perbelanjaan dan permohonan bajet program pendaftaran dan minggu suai kenal telah dihantar untuk kelulusan kewangan.
- Proses pendaftaran pelajar baharu berlaku di Polybizz Mall yang mana kawasan ini adalah kawasan yang terbuka dari segi pengudaraannya dan langkah pencegahan telah pun dilaksanakan melalui proses sanitasi.
No comments:
Post a Comment