Proses Semakan Dokumen Pelajar telah berlangsung pada 28.2.2022, jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Besar yang dihadiri oleh semua pelajar baharu. Pelajar baharu dikehendaki menyerahkan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan dengan pendaftaran untuk disemak oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan dan dimasukkan ke dalam fail peribadi pelajar.
Monday, February 28, 2022
PENDAFTARAN BAHARU
SESI II 2021:2022
Kemasukan pelajar-pelajar baharu Sesi II 2021:2022 ke Politeknik Muadzam Shah adalah pada 28.02.2022 bertempat di PolyBizzmall. Sesi Pendaftaran pada kali ini bermula seawal 8.30 pagi dan para ibu bapa mula membanjiri kawasan persekitaran PolyBizmall untuk menghantar anak-anak mereka masuk ke kampus Politeknik Muadzam Shah dengan menguatkuasaan SOP yang begitu ketat. Turut hadir di Polybizmall untuk melihat proses pendaftaran pada hari ini ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
- Jumlah kehadiran pelajar semester 1 dibuat bagi memenuhi permintaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk mencapai 70% - 100% keberadaan pelajar dikampus.
- Pelajar baharu perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran di Politeknik selain daripada menikmati suasana sebenar kehidupan di kampus.
- Pembelajaran di Politeknik melibatkan kerja-kerja amali dan bengkel yang dibuat secara hands on yang memerlukan pelajar hadir ke kampus.
- Ibu bapa atau waris telah melakukan perancangan awal memohon cuti bagi tujuan penghantaran pulang pelajar ke kampus.
- Segala peruntukan perbelanjaan dan permohonan bajet program pendaftaran dan minggu suai kenal telah dihantar untuk kelulusan kewangan.
- Proses pendaftaran pelajar baharu berlaku di Polybizz Mall yang mana kawasan ini adalah kawasan yang terbuka dari segi pengudaraannya dan langkah pencegahan telah pun dilaksanakan melalui proses sanitasi.
Thursday, February 24, 2022
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
SESI II 2021:2022
Seluruh warga Politeknik Muadzam Shah mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar baharu Sesi 2 2021:2022 yang akan mendaftar pada 28 Febuari 2022. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana berjaya menempatkan diri anda ke PMS. Tekatkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai apa yang dicita-citakan. Jangan menghampakan harapan ibu dan bapa yang sering berkorban demi melihat anak kesayangannya menggapai segulung diploma. Hargailah pengorbanan mereka. Kami disini sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda dan kami mendoakan agar kejayaan yang dikecapi milik kita bersama.
Thursday, February 10, 2022
KEMASUKAN PELAJAR MAC 2022
SESI II 2021:2022
Berikut adalah infigrafik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan dengan Kemasukan Pelajar IPT mulai Mac 2022.
-
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Sesi 1 2021:2022 ke Politeknik Muadzam Shah. Sesi ...
-
SESI II 2021:2022 Berikut adalah infigrafik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan dengan Kemasukan Pelajar IPT mulai...