Taklimat bersama ibubapa sempena pendaftaran pelajar telah berlangsung jam 10.00 pagi di Dewan Kuliah Utama dimulai dengan taklimat dan kata aluan dari Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof.
Taklimat dan penerangan berkenaan dengan kemuadahan fasiliti yang terdapat di PMS telah disampaikan oleh Cik Nabila, Pegawai Perhubungan Awam PMS. Seterusnya berlaku sesi soal jawab diantara keluarga pelajar bersama pihak PMS. Banyak kemusykilan dan pertanyaan dari pihak keluarga pelajar yang ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan kehidupan anak mereka di PMS dan pihak kami telah menjawab segala persoalan tersebut.
No comments:
Post a Comment