PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Isnin (15.08.2022) - Seawal 8.00 pagi lagi, PMS telah dikunjungi oleh ibu bapa yang membawa anak mereka untuk mendaftar di kamsis PMS. Keadaan yang berlaku diluar jangka dari biasa dan banyak kenderaan yang masuk sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas.
Namun pada kali ini sistem mengambil kunci kamsis dibuat secara drive thru yang mana pelajar tidak perlu turun daripada kereta untuk mengambil kunci. Terima kasih kami kepada fasilitator kerana membantu mengawal kesesakan lalulintas dan membantu pihak kamsis untuk mengedarkan kunci kepada pelajar baharu.
Telah berlaku kesesakan lalulintas diluar jangka sehingga kenderaan memenuhi parking berumput yang disediakan. Kenderaan bertali arus memenuhi jalan berhadapan dengan kamsis sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas.
KEADAAN DI SEKITAR KAMSIS
Beginilah keadaan diluar kamsis pelajar yang mana dipenuhi oleh pelajar bersama ibubapa yang menghantar mereka. Secara keseluruhannya keadaan adalah terkawal. Ibubapa kepada pelajar tidak dibenarkan masuk ke kamsis dan arahan tersebut telah dipatuhi.