Monday, January 30, 2023

PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

 SESI 2 2022/2023

30 Januari 2023 (Isnin ) : Berikut adalah sekitar Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2022/2023 bertempat di PolyBizmall, Politeknik Muadzam Shah seawal 8.30 pagi. Pelajar dikehendaki mengambil kunci asrama disini. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Proses pendaftaran pelajar pada kali ini telah dibantu oleh sukarelawan Wataniah dan fasilitator bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar.

TAKLIMAT IBUBAPA

Taklimat kepada Ibubapa dan penjaga pelajar telah berlangsung pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi hingga jam 11.30 pagi di Auditorium JRKV. Ibubapa telah didedahkan berkaitan dengan fasiliti dan kemudahan yang ada di PMS. Ibubapa juga diberi peluang untuk bersoal jawab dan beramah mesra bersama pengurusan tertinggi PMS. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Pengarah PMS, Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.


SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

 

30.01.2023 ( Isnin) - Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga PMS ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar baharu pada Sesi 2 2022/2023. Tahniah diucapkan kerana berjaya menempatkan diri anda ke Politeknik Muadzam Shah. Kuatkan azam dan tekadkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh di dalam mengharungi pembelajaran disini. Semoga kejayaan dapat dikecapi dengan segenggam Diploma.

Tuesday, August 16, 2022

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU

 SESI 1 2022/2023


Selamat datang kepada pelajar baharu Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Terima kasih juga kerana memilih Politeknik Muadzam Shah sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian anda. Datang dengan penuh harapan pasti akhirnya berakhir dengan kejayaan. Tahniah semua.

Monday, August 15, 2022

PROSES SEMAKAN DOKUMEN

 

Proses semakan dokumen telah berlaku di Dewan Seri Gading PMS pada 15.08.2022 jam 2.30 petang bagi kemasukan pelajar baharu Sesi 1 2022/2023. Pelajar-pelajar baharu dikehendaki membawa dokumen yang dikehendaki seperti salinan SPM, salinan kad pengenalan, borang HEP 1-6 dan lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan semakan. Proses semakan ini dilakukan oleh jabatan akademik masing-masing. Seramai 403 orang pelajar baharu yang mendaftar pada semester ini.




SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU